Tuesday, 28 January 2014

Iklan Jawatan Kosong Di CoopMATRADE

Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad (CoopMATRADE) merupakan sebuah entiti koperasi yang ditubuhkan pada 15 Mei 2006 di bawah Akta Koperasi 1993 dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Ahli-ahlinya terdiri daripada kakitangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan visi untuk menjadi sebuah organisasi yang produktif, berdaya saing dan menguntungkan. 

CoopMATRADE mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi, mempunyai disiplin yang tinggi, bertanggung-jawab, amanah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PENYELIA ‘MINI MART’
(Di kawasan Segambut)

TANGGUNGJAWAB:
  • Bertanggungjawab mengawasi dan menyelia aktiviti-aktiviti operasi harian seperti menyediakan giliran bertugas kakitangan, memantau disiplin kakitangan, memastikan inventori mencukupi, menyediakan  laporan jualan harian, bulanan dan tahunan dan lain-lain yang berkaitan.
  • Memantau dan memastikan peningkatan jualan dari masa ke semasa.
  • Bertanggung-jawab terhadap keselamatan kedai dan melindungi pekerja dan pelanggan dengan menyediakan persekitaran kedai yang bersih dan selamat. 
  • Meningkatkan kesedaran penjenamaan syarikat melalui produk dan perkhidmatan dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, ramah dan berkualiti tinggi kepada pelanggan
  • Mengekalkan kestabilan dan reputasi kedai dengan mematuhi keperluan undang-undang.
  • Lain-lain tugas dari masa ke semasa.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurang Diploma didalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berkeupayaan mengendalikan operasi dan perisian asas komputer terutamanya Microsoft Office 
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Berumur 30 tahun ke bawah

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

  • Mampu menghadapi tekanan kerja
  • Bermotivasi tinggi, bewawasan, amanah dan berdikari 
  • Komited terhadap tugas dan berfikiran matang
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minima
  • Keutamaan diberi kepada penduduk pangsapuri Bougainvilla atau dari kawasan Segambut.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


PEMBANTU ‘MINI MART’
(Di kawasan Segambut)

TANGGUNGJAWAB:
  • Bertanggungjawab mengawasi dan menyelia aktiviti-aktiviti operasi harian pasar mini seperti memantau dan memastikan peningkatan jualan dari masa ke semasa.
  • Bertanggung-jawab terhadap keselamatan kedai pelanggan dengan menyediakan persekitaran kedai yang bersih dan selamat. 
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, ramah dan berkualiti tinggi kepada pelanggan
  • Mengekalkan kestabilan dan reputasi kedai dengan mematuhi keperluan undang-undang.
  • Lain-lain tugas dari masa ke semasa.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
  • Warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurang SPM didalam bidang yang berkaitan 
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun di dalam bidang peruncitan
  • Berumur 35 tahun ke bawah

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:
  • Berdisiplin dan mampu menghadapi tekanan kerja
  • Bermotivasi tinggi, bewawasan, amanah dan berdikari 
  • Komited terhadap tugas dan berfikiran matang
  • Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minima
  • Boleh bekerja lebih masa dan mengikut pertukaran giliran (shift)
  • Keutamaan diberi kepada penduduk pangsapuri Bougainvilla atau dari sekitar Segambut.
  • Bersedia menerima arahan Ketua dari masa ke semasa

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohanan dengan menghantar dokumen-dokumen berikut melalui pos/faks/emel kepada pihak dengan menyertakan:
  • Surat permohonan rasmi (official application letter)
  • Keterangan diri (resume / curriculum vitae)
  • Salinan kad pengenalan and sijil kelahiran
  • Salinan sijil-sijil akademik dan surat pengesahan kerja (jika pernah bekerja)
  • 2 keping gambar terbaru berukuran passport
  • Gaji yang disasarkan

Kepada:
Koperasi MATRADE Kuala Lumpur Berhad
Tingkat 4 (West Wing), Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
E-mel: info@coopmatrade.com.my
No. Telefon: 03 - 6203 6274
No. Faks: 03 - 6203 6356


Hanya permohanan yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga.